Portal Rasmi Badan Pengawas SMK Lembah Keramat 20102011
 
Sambutan Sesi Pagi
Tarikh : 16 Mei 2011


Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dataran Perhimpunan dan Kantin Sekolah

Sambutan Sesi Petang
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 2.30 petang - 6.30 petang
Tempat : Kantin Sekolah

Sambutan Hari Guru yang bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara ini disambut bersempena memperingati serta menghargai jasa guru-guru SMKLK yang telah mencurahkan khidmat bakti bagi mendidik dan memimpin putera puteri SMKLK. Sambutan Hari Guru pada tahun 2011 ini telah dikendali sepenuhnya oleh
Badan Pengawas SMK Lembah Keramat dengan jayanya.

Majlis Sambutan dimulakan dengan acara rasmi (bacaan doa, bacaan perutusan Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran Malaysia). Majlis ini juga menyaksikan Ikrar Guru dilafazkan oleh semua guru yang diketuai oleh
Encik Norzamir bin Nordin dan seterusnya nyanyian lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa dinyanyikan oleh Guru-Guru SMKLK. Pada hari yang bersejarah ini juga, Badan Pengawas tidak ketinggalan untuk memberikan persembahan istimewa dimana Pasukan Koir Pengawas SMKLK menyanyikan 3 buah lagu iaitu Gemuruh (nyanyian Faizal Tahir), Seasons in The Sun (nyanyian Westlife) dan Laskar Pelangi (nyanyian Nidji) khas buat semua guru SMKLK yang disayangi.

Bahagian acara seterusnya dilangsungkan di Kantin Sekolah. Bahagian ini dimulakn dengan persembahan multimedia yang diberi nama Disebalik Lensa SMK Lembah Keramat yang memaparkan pelbagai aksi spontan guru-guru sepanjang tahun 2011. Persembahan seterusnya pula adalah persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid SMKLK dibawah bimbingan Encik Norzamir bin Nordin. Persembahan kedua pula adalah persembahan pentomin oleh pelajar-pelajar Tingkatan 2 Cemerlang 2 yang juga dibawah bimbingan Encik Norzamir. Seterusnya merupakan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar 3 Cemerlang 2 khas buat semua guru. Acara kemuncak pula merupakan acara penyampaian Anugerah Guru yang disampaikan oleh Pengetua, Puan Pauziah binti Mahmood. Acara ini dimenangi oleh guru-guru dengan Anugerah Kategori masing-masing. Undian untuk setiap kategori anugerah ini telah dilakukan oleh pelajar-pelajar SMK Lembah Keramat. Acara untuk sesi pagi ini berakhir tepat jam 1.00 tengahari. 
 
Kem Pengawas ini telah diadakan pada 22-23 April 2011 di Wirajaya Forest Camp @ Sungai Congkak.
Kem 2 hari 1 malam ini telah dijalankan sepenuhnya oleh Pusat Bimbingan Wirajaya. Pelbagai aktiviti kepimpinan yang mencabar bukan setakat fizikal tetapi mental pengawas telah dilaksanakan. Sesungguhnya kem kepimpinan ini memeberikan banyak makna dan pengajaran buat semua Pengawas SMKLK.
 
Start blogging by creating a new post. You can edit or delete me by clicking under the comments. You can also customize your sidebar by dragging in elements from the top bar.